SUKAN

Rais tak mahu slot sukan dimonopoli

Rais tak mahu slot sukan dimonopoli

KEMENTERIAN Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan melaksanakan dasar baru bagi memastikan program televisyen yang digemari rakyat, terutama sukan popular tidak lagi dimonopoli oleh satu badan penyiar atau badan media sahaja.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, perkara itu sudah disampaikan kepada pihak berkenaan termasuk Astro.

"Kita mahu Astro, misalnya supaya mewujudkan jaringan kerjasama yang produktif dan adil dengan Media Prima dan apatah lagi dengan RTM.

"Mereka yang tidak mempunyai kemudahan Astro tidak dapat (mengikuti siaran TV sukan) sedangkan RTM adalah badan penyiar kerajaan dan dalam hal ini, saya memohon maaf bagi pihak kementerian," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran serentak Komuniti 1Malaysia peringkat negeri Sabah dan Pos Bergerak serta penghargaan kepada petugas-petugas pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi (Sandakan) di Sabah semalam.

Rais berkata demikian ketika diminta mengulas rungutan rakyat, khususnya mereka yang tidak mempunyai kemudahan Astro, yang tidak dapat menonton siaran Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 yang diadakan di Kuala Lumpur tahun ini.

"Kita mahu laksanakan dasar baru ini dan di bawah lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kita akan ubah kedudukan tersebut.

"Dengan lain perkataan tiada lagi monopoli. Sesuatu projek atau program sukan, misalnya bola sepak, kita cuba agihkan saluran dengan cara muafakat demi kebaikan semua pihak," katanya.

Beliau berkata, mengikut undang-undang sedia ada, lesen penyiaran boleh ditambah baik atau ditokoh tambah sekiranya kerajaan memikirkan sedemikian. - Bernama

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 32