TERKINI

Pakej musabaqah Tourism Malaysia Jakarta

Pakej musabaqah Tourism Malaysia Jakarta

10/06/2011 6:38pm

JAKARTA 10 Jun — Ingin menyaksikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Malaysia sambil menikmati peluang beli-belah di Karnival Jualan Mega? Untuk itu, satu tawaran istimewa disediakan bagi masyarakat Islam Indonesia dalam Pakej Musabaqah - sebuah pakej perjalanan yang diusahakan secara kerjasama antara Tourism Malaysia Jakarta dan dua buah institusi tempatan.

Majlis Tilawah berlangsung dari 17 hingga 23 Julai, sementara karnival jualan mega dari 15 Jun hingga 31 Ogos dan satu jamuan malam disediakan oleh Tourism Malaysia.

Pakej itu yang dilaksanakan melalui kerjasama Komuniti Penyelenggara Pelancongan Muslim (KPWM) dan Bank Rakyat Indonesia (Syariah), turut disokong Penerbangan Malaysia, yang menawarkan kadar tambang penerbangan lebih rendah.

Perjanjian kerjasama untuk pakej itu dimeterai di sini oleh Pengarah Tourism Malaysia Jakarta Jamil Darus; Presiden KPWM Syarman Syarif dan wakil Bank Rakyat Indonesia (Syariah) Hanifah Fibianti, yang juga Ketua Komunikasi Pemasaran bank itu.

"Pakej ini akan dipromosikan secara bersama melalui akhbar Rakyat Merdeka, SMS dan radio,” kata Jamil.

Beliau berkata KPWM disasarkan menjual pakej kepada sekurang-kurangnya 500 peserta manakala BRI Syariah pula mempromosi pakej melalui SMS selain menyediakan slot kepada KPWM dan Tourism Malaysia memberi penerangan dalam siri “roadshow” anjurannya di beberapa bandar utama di Indonesia. — Bernama

Varia!»

Mimpi buruk jenayah seksual

PELAKU jenayah rogol semakin berani apabila mereka melakukannya kepada ahli keluarga sendiri. - Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16