SUKAN

Tiga gergasi England uji Malaysia

Tiga gergasi England uji Malaysia


PENGURUS skuad kebangsaan, Datuk Subahan Kamal (tiga dari kiri) menerima jersi daripada Pengarah Urusan Liverpool, Ian Ayre pada sidang media di sebuah hotel terkemuka di ibu negara semalam.


TIGA kelab gergasi England iaitu Chelsea, Arsenal dan Liverpool akan menguji kemampuan skuad kebangsaan bulan depan.

Justeru, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal (gambar kecil) itu seharusnya tidak mensia-siakan peluang tersebut sebagai persiapan menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2014.

Begitupun, ia hanya akan diambil kira sekiranya anak-anak buah Rajagobal mencatatkan kemenangan pada pertemuan menentang Taiwan pada aksi pusingan pertama 29 Jun dan 3 Julai depan.

Jika menang ke atas Taiwan, Chelsea, Arsenal dan Liverpool, ia bakal menjadi kayu pengukur buat skuad kebangsaan sebelum menghadapi pusingan kedua menentang Singapura yang mendapat bye di pusingan pertama.

“Bukan mudah untuk mendapat peluang sebegini apabila bakal berdepan dengan tiga kelab besar dunia seperti Chelsea, Arsenal dan Liverpool.

“Saya harapkan pemain-pemain kebangsaan dapat memanfaatkan peluang ini sebaiknya dan memberikan persembahan konsisten pada perlawanan itu nanti. Ini juga merupakan pengalaman berguna buat pemain.

“Apa pun saya akan cuba sebaik mungkin untuk mempersiapkan pasukan menjelang aksi persahabatan itu,” kata Rajagobal.

Selepas Chelsea dan Arsenal mengesahkan kunjungan mereka ke Malaysia, terbaru Liverpool turut akan menguji kemampuan skuad kebangsaan.

Liverpool akan berdepan dengan skuad kebangsaan di Stadium Bukit Jalil pada 16 Julai depan.

Sebelum itu, anak-anak buah Rajagobal akan turun menentang Myanmar pada satu aksi persahabatan pada 18 Jun ini sebagai persiapan menghadapi Taiwan.

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 31