SUKAN

Rekod berganda Rentap Futsal

Rekod berganda Rentap Futsal


SAIFUL (dua dari kiri) menyerahkan sijil MBOR kepada Engku Azman (dua dari kanan) di Putrajaya malam tadi. Rentap Futsal Putrajaya berlangsung selama 78 jam mulai pagi Khamis lalu dan berakhir pada pukul8.00 malam tadi.


KEJOHANAN Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 yang melabuhkan tirainya malam tadi telah berjaya memecah dua rekod Malaysia Book of Records (MBOR).

Pertama, ia diiktiraf sebagai acara futsal paling besar yang pernah dianjurkan di Malaysia.

Semalam, kejohanan edisi kedua itu diiktiraf pula sebagai acara futsal terpanjang pernah diadakan di negara ini.

Rentap Futsal Putrajaya yang bermula Khamis lalu dan berakhir malam tadi telah disahkan sebagai kejohanan futsal paling panjang iaitu diadakan selama 78 jam tanpa henti.

Pada penghujung majlis penutup malam tadi, sijil MBOR itu diserahkan oleh wakil pengadil dan wakil bahagian teknikal kejohanan kepada Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan, Engku Azman Sayed Mohd.

Ia mengatasi rekod lama sebelum ini iaitu 50 jam tanpa henti.

Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 itu telah berjaya menghimpunkan sejumlah 16,010 peserta yang mewakili 1,601 pasukan bertanding sepanjang empat hari tiga malam tanpa henti.

Saingan kategori Superstar membuka tirai kejohanan pada Khamis disusuli saingan Lelaki Larut Malam, Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Lelaki Bawah 18 Tahun dan Lelaki Bawah 12 Tahun.

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 47