NEGARA

'Polis bodo' punca naik mahkamah

'Polis bodo' punca naik mahkamah


NUR SYAFA WATIHA didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis.


KUALA TERENGGANU - Seorang pekerja butik berdepan hukuman denda sehingga RM100 selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam gara-gara mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis.

Nur Syafa Watiha Wahab, 19, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir mengaku melakukan kesalahan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret, Rusilah Nik.

Mengikut kertas pertuduhan, Nur Shafa Watiha didakwa mengeluarkan perkataan 'polis bodo' (bodoh) kepada seorang anggota polis di depan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini pada pukul 1 petang pada 28 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, dia yang berasal dari Kampung Telaga Batin boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang boleh didenda tidak melebihi RM100.

Rusilah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Jun depan sebagai tarikh sebutan fakta dan keputusan kes.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Rencana Utama!»

Saingan jenama selebriti, pereka fesyen

Fenomena selebriti mengeluarkan koleksi pakaian jenama sendiri meskipun dilihat sebagai satu perkembangan sihat, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada perniagaan pereka fesyen tempatan terutamanya yang baru hendak mencipta nama dalam dunia fesyen.

Horizon!»

Suntik semangat atlet Sukan Olimpik

Lebih 10,000 orang peserta mengambil bahagian pada acara larian Team Malaysia Fan Run 2016 di Dataran Putrajaya, Putrajaya baru-baru ini.

Varia!»

Cabaran generasi celik teknologi maklumat

PENGGUNAAN rangkaian internet berupaya membawa perubahan yang besar ke atas aspek fizikal, ekonomi dan sosial melalui globalisasi digital serta perkembangan pasaran antarabangsa.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 47