NEGARA

Hari Belia Negara 2012 seminggu

Hari Belia Negara 2012 seminggu


ORANG ramai membanjiri Dataran Boulevard pada hari terakhir Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan bercadang memanjangkan sambutan Hari Belia Negara (HBN) selama seminggu berbanding tiga hari sebelum ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) berkata, pemanjangan tempoh tersebut dibuat berikutan sasaran menghimpunkan sejuta belia melalui lebih 200 acara yang mempamerkan bakat dan kemahiran yang ada pada belia telah dicapai pada tahun ini.


PENGUNJUNG mengambil kesempatan bergambar di hadapan kereta klasik yang dipamerkan sempena Hari Belia Negara di Putrajaya semalam.


“Semalam (kelmarin), kita lihat belia menakluk Putrajaya dengan berhimpun beramai-ramai dan mengikuti segala aktiviti yang dijalankan tanpa henti.

“Situasi ini menunjukkan betapa belia begitu komited dalam mempamerkan dan memasarkan kemampuan yang mereka ada kepada masyarakat,” katanya pada majlis perasmian Program Didik Niaga Youth Apprentice di sini semalam.

Menurut Shabery, pemanjangan tempoh tersebut bukan sahaja untuk menghimpunkan seberapa banyak belia di negara ini yang kini berjumlah 11.5 juta, sebaliknya akan membuka alternatif kepada pasaran industri dalam melihat potensi belia.


SEORANG peniaga (kanan) membuat tawaran separuh harga pada hari terakhir sambutan Hari Belia Negara 2011 di Putrajaya semalam.


Ujarnya, pasaran baru harus dilihat dan didampingi memandangkan golongan tersebut akan menentukan hala tuju pembangunan negara.

Beliau yakin landskap Hari Belia Negara 2012 akan menjadi lebih gemilang dengan lebih banyak aktiviti menarik disediakan untuk disertai belia.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Process time in ms: 3453