NEGARA

210 pasukan terpaksa ditolak

210 pasukan terpaksa ditolak


AHMAD SHABERY meninjau Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18, Putrajaya semalam.


KUALA LUMPUR - Hasrat 210 pasukan yang ingin menyertai kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 pada 26 hingga 29 Mei ini tidak kesampaian kerana penyertaan mereka terpaksa ditolak.

Sehubungan itu, akhbar Kosmo! sebagai penganjur bersama kejohanan itu ingin memohon maaf kerana terpaksa menolak permohonan mereka khususnya bagi kategori Larut Malam dan Terbuka Lelaki.

Tindakan tersebut tidak dapat dielakkan ekoran jumlah penyertaan telah melebihi kuota ditetapkan.

Pengarang Sukan Kosmo!, Asan Ahmad berkata, pihaknya terpaksa berbuat demikian kerana penyertaan sebahagian pasukan tersebut diterima pada saat akhir.

Beliau mencadangkan mereka yang ingin terus beraksi supaya berpindah ke kategori Rentap Superstar yang bukan sahaja menyediakan hadiah yang lumayan malah jangka masa permainan lebih panjang tetapi tamat dalam sehari sahaja.

"Namun sekiranya ada pasukan tidak dapat menyertai kategori tersebut, kami terpaksa melakukan penyingkiran walaupun peserta-peserta terbabit telah membayar yuran penyertaan sebanyak RM90," katanya di sini semalam.

Yuran yang telah dibayar akan dipulangkan oleh pihak urus setia kejohanan.

Kategori Rentap Superstar menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM80,000 dan terbuka kepada semua pengurus pasukan yang telah mendaftar serta membuat pembayaran bagi kategori Terbuka Lelaki dan Larut Malam.

Perlawanan untuk Rentap Superstar akan bermula pada hari Khamis 26 Mei bermula pukul 9 pagi hingga 10 malam.

Perlawanan akhir kategori itu akan berlangsung pada pukul 1 pagi hari Ahad 29 Mei iaitu sejam sebelum aksi final Liga Juara-Juara Eropah di antara Manchester United dengan Barcelona.

Menurut Asan, pasukan yang ingin berpindah menyertai kategori Rentap Superstar tidak akan dikenakan sebarang bayaran tambahan.

Pasukan yang berminat boleh menghubungi Kosmo! di talian 03-9221 9634. Pemindahan ke kategori Rentap Superstar perlu dibuat sebelum pukul 3 petang hari ini.

Sementara itu di PUTRAJAYA, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut melawat Kompleks Futsal Putrajaya di Presint 18, tempat berlangsungnya kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011.

Beliau mengambil kesempatan melawat tapak tersebut ketika mengadakan lawatan ke tapak-tapak program Hari Belia Negara 2011 bersama media di sini semalam.

"Saya rasa puas hati dengan persiapan yang sedang dijalankan untuk menjayakan sambutan mega untuk belia seluruh negara yang bermula 27 hingga 29 Mei nanti," ujarnya.

Varia!»

Baju baharu pada 1 Syawal

JASLEEN dan Kirpal (berdiri belakang dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Julaina dan Bob Komando serta anak-anak mereka di Gulati's, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 0