TERKINI

Sarawak berjaga-jaga kemungkinan jerebu

Sarawak berjaga-jaga kemungkinan jerebu

14/05/2011 2:45pm

KUCHING — Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) sedang berjaga-jaga kemungkinan berlaku jerebu ekoran cuaca yang panas dan kering sekarang.

Pengawai NREB, Peter Sawal berkata, pejabat lembaga tersebut di Kuching, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan telah diarahkan untuk memantau sebarang aktiviti terutama pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan jerebu.

"Setakat ini tiada lagi larangan pembakaran terbuka dikenakan di Sarawak, tetapi sekiranya cuaca terus menjadi lebih kering, maka langkah segera akan diambil,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata larangan pembakaran terbuka akan turut dilaksanakan sekiranya bacaan indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100.

"Kini bacaan IPU masih di bawah 100,” katanya. — Bernama

Rencana Utama!»

Persiapan warga emas hadapi banjir

PAK LEH yang tinggal di Kampung Pasar Lama, Pasir Tumboh, Kampung Pasar Lama, Kota Bharu, Kelantan menunjukkan jarak sungai dengan rumahnya yang terlalu hampir.

Varia!»

Mengimbau kenangan lampau Malaysia

SAMSUDIN (kiri) memberi penerangan kepada tetamu pada majlis pelancaran Paint&Ink: Just Add Water di Muzium dan Galeri Seni BNM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16