TERKINI

Melaka catat IPU tidak sihat

Melaka catat IPU tidak sihat

13/05/2011 6:35pm

KUALA LUMPUR Kualiti udara di kebanyakan tempat di seluruh negara sehingga pukul 11 pagi ini adalah pada tahap sederhana kecuali Bukit Rambai, Melaka yang mencatat kualiti udara tidak sihat.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam laman webnya berkata Bukit Rambai mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) 90 berbanding 85 pada pukul 5 petang semalam.

Bacaan IPU antara 0-50 menggambarkan kualiti udara yang baik, manakala 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak bersih) dan 300 ke atas (berbahaya).

Keadaan berjerebu dalam negara dikatakan berpunca daripada pembakaran terbuka, termasuk di Sumatera, Indonesia. Bernama

Rencana Utama!»

Jong-nam pemimpin yang tak diangkat

PEMIMPIN tertinggi Korea Utara, Jong-un (kanan) memiliki raut wajah dan fizikal yang hampir sama seperti abang tirinya, Jong-nam.

Diva Interaktif!»

Nabila Huda luah isi hati

INILAH luahan hati Nabila menerusi Instagram miliknya mengenai tiada inisiatif pihak tertentu membawa artis negara ini ke program Oscar.

Iklan

Process time in ms: 31