TERKINI

Pertandingan model Menara Taming Sari

Pertandingan model Menara Taming Sari

13/05/2011 6:19pm

MELAKA — Pertandingan inovasi rekacipta model Menara Taming Sari menggunakan bahan kitar semula akan diadakan di perkarangan menara itu di Bandar Hilir di sini, Selasa ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari, Nazary Ahmad berkata, penggunaan bahan kitar semula yang dibenarkan ialah botol, kertas, dawai, tali dan tin.

"Penggunaan pelbagai jenis gam, pelekat, pewarna dan kertas warna juga dibenarkan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Nazary berkata, penyertaan terbuka kepada orang ramai, penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta pelajar sekolah.

Beliau berkata, pertandingan itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ketiga menara setinggi 80 meter itu pada 17 Mei ini dan selaras dengan dasar kerajaan Melaka yang sedang memberi tumpuan ke arah negeri bandar teknologi hijau.

Johan akan membawa pulang hadiah wang tunai RM500 serta sijil manakala naib johan akan menerima RM400 dan sijil, katanya.

Beliau berkata, mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai pertandingan itu boleh menghubungi talian 06-2327349 atau 06-2321219. Tarikh tutup penyertaan 16 Mei ini. — Bernama

Rencana Utama!»

Cabaran penggal kedua Rousseff

AKHBAR-AKHBAR Brazil melaporkan kemenangan Rousseff sebagai President Brazil ke-36.

Pesona!»

Bantu baiki taraf hidup wanita

KEMAHIRAN mengurut menjadi punca rezeki buat Saodah untuk menyara keluarganya.

Varia!»

Penceraian yang dilaknat Allah

PERCERAIAN li’an yang melibatkan penafian nasab terhadap anak yang dikandung akan dilakukan selepas kelahiran bayi tersebut. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15