NEGARA

Jerebu Sumatera jejas kualiti udara

Jerebu Sumatera jejas kualiti udara


BANDAR raya Kuala Lumpur diselubungi jerebu tebal kira-kira pukul 4.30 petang semalam.


PUTRAJAYA - Kualiti udara di kebanyakan tempat di seluruh negara tengah hari semalam berada pada tahap sederhana kecuali Pelabuhan Klang yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat akibat jerebu rentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan memberitahu, Pelabuhan Klang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 104.

"Bacaan IPU dari 52 buah stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang direkodkan pada pukul 11 pagi semalam mendapati, 21 kawasan berada pada tahap baik manakala 29 kawasan berada pada tahap sederhana," kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, negeri sebelah pantai barat, utara dan selatan Semenanjung tidak menerima hujan selama lima hari berturut-turut menyebabkan kemerosotan kualiti udara di beberapa kawasan mula dikesan sejak 10 Mei lalu.

Kemerosotan itu berterusan hingga sekarang di beberapa kawasan terutama Lembah Klang, Bandar raya Melaka, Nilai, Port Dickson dan Muar.

Keadaan berjerebu di sekitar kawasan Lembah Klang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor disebabkan pencemaran jerebu yang datang dari arah Sumatera, Indonesia.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Process time in ms: 0