DUNIA

Pesawat Airbus A380 dipanah petir

Pesawat Airbus A380 dipanah petir


PESAWAT Airbus 380 milik syarikat penerbangan Emirates dipanah petir dekat Lapangan Terbang Heathrow, London.


LONDON - Sebuah pesawat penumpang syarikat penerbangan Emirates dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang membawa 500 penumpang dipanah petir di bahagian bumbung sebelum ia selamat mendarat di Lapangan Terbang Heathrow di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Bagaimanapun, petir yang mengalir melalui bumbung depan pesawat, Airbus A380 itu tidak memberi kesan terhadap keselamatan pesawat dan penumpangnya.

Keadaan itu berlaku kerana badan pesawat itu diperbuat daripada logam yang bertindak sebagai penebat.

"Jika pesawat itu tidak diperbuat daripada logam, ia boleh meletup apabila disambar petir, kata Editor Operasi dan Keselamatan laman Flightglobal, David Learmount.

"Pesawat-pesawat dipanah petir beberapa kali dalam tempoh setahun.

"Pihak pengeluar mesti menghasilkan pesawat yang mampu menghadapi panahan petir dan melindungi penumpang yang berada di dalam kapal terbang," tambahnya.

Imej pesawat itu dipanah petir dirakamkan pada bulan lepas oleh seorang jurufoto, Chris Dawson. - Agensi

Process time in ms: 47