DUNIA

William-Middleton hanya minta derma sebagai hadiah

William-Middleton hanya minta derma sebagai hadiah


PUTERA WILLIAM dan Kate Middleton.


LONDON - Pewaris kedua takhta England, Putera William dan bakal isterinya, Kate Middleton meminta orang ramai yang berhasrat memberikan hadiah sempena majlis perkahwinan mereka pada 29 April depan hanya memberikan sumbangan wang kepada 26 pertubuhan kebajikan.

Derma itu akan disumbangkan kepada badan-badan kebajikan yang diasaskan oleh William bersama adiknya, Putera Harry sebelum ini.

Orang ramai boleh memberikan sumbangan itu di laman www.royalweddingcharityfund.org.

Kerajaan Kanada yang terkenal dengan memberikan hadiah perkahwinan kepada pasangan diraja Britain tidak akan mengumumkan hadiah yang bakal diberikan sehingga pada hari perkahwinan tersebut.

William dan Middleton akan melangsungkan perkahwinan di sini pada 29 April ini dengan hanya 1,900 orang tetamu diundang terdiri daripada keluarga, beberapa pemimpin negara asing, rakan terdekat, diplomat, pegawai asing, tentera dan pekerja kebajikan. - Agensi

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 31