STAILO

Elemen relaks Ted Baker

Elemen relaks Ted Baker


BARISAN model yang menjayakan pertunjukan fesyen musim bunga dan panas Ted Baker yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.


SUDAH tiba masanya untuk jejaka dan wanita yang menggemari kelainan bersama gaya terkini musim panas yang ditawarkan Ted Baker. Koleksi pakaian untuk si jejaka pada musim bunga/panas tahun ini dilihat lebih lembut, relaks tanpa mengabaikan elemen tradisional.

Sentuhan klasik pada tekstur fabriknya termasuk pada rekaan blazer linennya sesuai dipadankan dengan seluar pendek, atau koleksi kain kapas chinos yang berkualiti tinggi.

Koleksi ini tidak melupakan kemeja polos yang diberi perincian dan warna yang kontras.

Untuk gaya malam, ton warna kelabu dan ungu gelap digabungkan dengan tekstur yang cantik bagi mencipta penampilan yang hebat, termasuk suntikan warna-warna terang.

Koleksi Ted Baker 2011 dilihat lebih kemas dengan warna kelabu dan biru gelap tetapi mempunyai kontras lapisan jacquard yang mewujudkan gaya formal alternatif dan moden.

Koleksi Global pula menampilkan pembaharuan pada gaya pemakaian tradisional Inggeris. Jaket mewahnya diberi cetakan Itali dan jacquard yang disuai padan dengan denim warna gelap.

Sementara itu, koleksi musim bunga/panas untuk wanita Ted Baker tampil penuh variasi warna, cetakan dan gabungan beberapa fabrik yang lembut, bersiluet, ringan serta jarang.

Pilihan gaya untuk wanita menampilkan sisi feminin tetapi pada masa sama cetakan digitalnya yang jelas memberikan impak warna kepada dres, kemeja dan seluar selanjar serta playsuit.

Warna terang yang eksotik disesuaikan dengan warna-warna pastel yang lembut menjadi signatur musim ini. Bunga ros, pepatung dan burung ditampil sebagai penyeri atau aksesori sampingan.

Fabriknya juga tampil kontras termasuk panel sutera pada jerutan dan fabrik kulit yang lembut pada jersi bagi mencipta kelainan pada rekaan Ted Baker.

Rekaan itu kaya dengan perincian dan fabrik mewah. Ia dapat dilihat pada rekaan Langley Court yang mencipta kelas baharu pada penampilan sofistikated dan glamor.

Hiasan yang berkelipan dan batu-batuan yang digabungkan dengan cetakan turut mencipta palet warna yang bergaya.

– ROSMALINA ABD. KADIR

Infiniti!»

Perabot daripada kayu pain terpakai

KAYU pain disimpan rapi di dalam bengkel untuk mengekalkan ketahanannya sekali gus tidak mudah rosak.

Varia!»

Melahirkan jutawan bidang penternakan

SITI FATONAH (dua dari kanan) bersama Mohamad Jamil (dua dari kiri) di hadapan Akedemi Usahawan MJ Fatonah di Bestari Jaya, Kuala Selangor, Selangor.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15