NEGARA

Menu baru cegah obesiti

Menu baru cegah obesiti


PENGUSAHA kantin bukan sahaja perlu mengurangkan kekerapan menjual nasi lemak tetapi juga makanan ringan yang digoreng seperti nugget. - Gambar hiasan


SUBANG JAYA - Kerajaan menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah di seluruh negara bagi membendung risiko semakin ramai pelajar mengalami masalah obesiti.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu semalam menegaskan, pengusaha kantin juga hanya dibenarkan menjual nasi lemak sehari dalam seminggu.

Walaupun beliau menganggap nasi lemak mempunyai khasiatnya sendiri, pengambilan makanan itu secara kerap dan berlebihan akan mendorong seseorang itu mengalami obesiti.

"Peraturan melarang penjualan makanan tidak berkhasiat ini termasuk air bikarbonat bukan sahaja melibatkan pengusaha kantin tetapi juga penjaja lain di sekitar kawasan sekolah,'' katanya pada sidang akhbar selepas Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan peringkat kebangsaan ke-5 2011 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Process time in ms: 47