TERKINI

Kastam Kelantan rampas rokok seludup RM1.7j

Kastam Kelantan rampas rokok seludup RM1.7j

17/04/2011 10:28pm

KOTA BHARU — Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyelesaikan 39 kes penyeludupan rokok haram bernilai RM316,761 dengan nilai cukai lebih RM1.7 juta dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Timbalan Pengarah Kastam Kelantan, Zakaria Yusoff berkata sejumlah 25,967 karton rokok pelbagai jenama telah dirampas daripada 39 kes di seluruh negeri itu.

"Dalam tempoh empat bulan pertama itu juga, dua individu telah ditahan dan didakwa di mahkamah berhubung kesalahan di bawah Seksyen 145 (1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barangan yang dilarang import," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, kes terbaru berlaku dua hari lalu, selepas mengintip selama lima jam Kastam Kota Baharu merampas 7,620 karton rokok pelbagai jenis bernilai RM167,640 daripada sebuah lori di km21, Kampung Banggol Kewat, Kok Lanas, Jalan Machang-Kota Baharu.

"Dalam serbuan 11 malam itu kita mendapati lori itu dipenuhi dengan muatan sofa dan tilam terpakai yang digunakan untuk melindungi kotak-kotak dan guni berisi rokok tidak sah pelbagai jenama dengan cukai keseluruhan barangan rampasan itu bernilai RM713,217,” katanya.

Zakaria berkata kesemua barangan rampasan termasuk lori berkenaan dibawa ke Kastam Kota Baharu untuk tindakan lanjut dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan untuk mengesan individu yang terlibat.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 145 (1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barangan yang dilarang import dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum tidak lebih dua puluh kali ganda daripada nilai rokok atau hukuman penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali. — Bernama

Rencana Utama!»

Cabaran penggal kedua Rousseff

AKHBAR-AKHBAR Brazil melaporkan kemenangan Rousseff sebagai President Brazil ke-36.

Pesona!»

Bantu baiki taraf hidup wanita

KEMAHIRAN mengurut menjadi punca rezeki buat Saodah untuk menyara keluarganya.

Varia!»

Penceraian yang dilaknat Allah

PERCERAIAN li’an yang melibatkan penafian nasab terhadap anak yang dikandung akan dilakukan selepas kelahiran bayi tersebut. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15