NEGARA

Jualan telur merosot 40 peratus

Jualan telur merosot 40 peratus


Seorang peniaga di sebuah kedai pemborong telur ayam menyusun telur mengikut gred sebelum diedarkan ke pasar-pasar awam dan restoran di sekitar Pulau Pinang kelmarin.


GEORGE TOWN - Beberapa peniaga runcit telur di sini mendakwa perniagaan mereka merosot teruk berikutan dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahwa kemungkinan wujud telur tiruan di pasaran.

Seorang peniaga, Lim Beng Poh, 60, berkata, perniagaannya merosot sehingga 40 peratus sebaik berita mengenai penjualan telur palsu disiarkan media.

Katanya, pemeriksaan oleh penguat kuasa Jabatan Veterinar dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (PPDNKK) turut membuatkan pelanggan mula bimbang untuk membeli telur.

"Sepanjang hampir 45 tahun berniaga, saya tak pernah pun tengok telur tiruan, cuma memang berlaku perbezaan bentuk telur antara ayam baru dengan ayam tua.

"Semua telur di sini dibeli daripada penternak ayam di Titi Serong, Balik Pulau.

"Jadi mana mungkin saya menjual telur yang bercampur telur tiruan," ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Process time in ms: 32