TERKINI

Ayam Golek sasar latih 2,000 usahawan

Ayam Golek sasar latih 2,000 usahawan

08/04/2011 7:04pm

SELANGOR Ayam Golek Malaysia Sdn Bhd (AGM), sebuah syarikat bumiputera, menyasarkan untuk melatih 2,000 usahawan muda, terutama sekali di bawah TEKUN Nasional bagi menjalankan perniagaan ayam golek, selaras dengan matlamat kerajaan mempertingkatkan pendapatan rakyat bagi mencapai taraf negara maju pada 2020.

Pengarah Urusan AGM, Ahmad Shukri Abdul Ghani berkata, perniagaan itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan menjangka penjualan mesin pembakar ayam mencecah 5,000 unit sehingga hujung tahun ini.

AGM mulai beroperasi pada Oktober 2010 dengan modal permulaan RM500,000.

"Mesin pembakar ayam ini telah dicipta oleh anak tempatan dan dikomersialkan bagi memenuhi cita rasa penggemar ayam golek.

"Proses masakan dijamin bersih kerana ayam-ayam yang dibakar tidak terdedah kepada habuk, asap kenderaan mahu pun air hujan, katanya pada majlis penandatanganan perjanjian antara TEKUN dan usahawan AGM baru-baru ini. Bernama

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 62