NEGARA

Lapan pegawai Imigresen didakwa

Lapan pegawai Imigresen didakwa

SHAH ALAM – Lapan pegawai Imigresen dihadapkan ke tiga Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 83 pertuduhan menerima suapan bernilai RM122,140 bagi memudahkan urusan kemasukan penumpang Indonesia tanpa perlu mematuhi syarat yang ditetapkan tahun lalu.

Bagaimanapun, kelapan-lapan tertuduh Md. Shahrizal Che Dan, 26; Nor Shahazlina Sulaiman, 25; Mohamad Izuwanshah Samsuri, 25; Mohamad Huzzail Ahmad, 31; Ahmad Zahed Abd Alim, 28; Mohd. Hafiz Zakaria, 27; Mohd. Khairul Haqimie Kamarudin, 26; dan Azmir Mahadi, 28, mengaku tidak bersalah.

Kesemua tertuduh yang masih muda itu merupakan anggota gred KP17 dan bertugas di bahagian Perkapalan Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang dekat sini. Kesemua rasuah itu diterima menerusi transaksi beberapa bank sekitar Klang dan Pelabuhan Klang.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Md. Shahrizal didakwa atas 31 dakwaan menerima rasuah daripada pekerja feri, Khairul Shah Hosnie berjumlah RM51,760. Khairul Shah merupakan antara beberapa individu yang didakwa memberi rasuah kepada lapan tertuduh itu.

Nor Shahazlina pula didakwa menerima suapan berjumlah RM2,900.

Hakim Asmadi Hussain membenarkan Md. Shahrizal diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin manakala Nor Shahazlina diikat jamin RM6,000. Mahkamah menetapkan 5 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 31