KOMUNITI KITA

Pelajar cemerlang Orang Asli terima penghargaan

Pelajar cemerlang Orang Asli terima penghargaan


HOJITA (dua dari kiri) menerima hadiah kecemerlangan SPM 2010 daripada Zambry di Ipoh baru-baru ini.


MOTIVASI. Pelajar berketurunan Orang Asli, Hojita Itam, 18, menerima penghargaan daripada kerajaan negeri Perak berikutan kejayaannya mencapai keputusan 8A, 2B pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 baru-baru ini.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin, Manong, Kuala Kangsar itu menerima sebuah komputer riba, wang tunai RM300 dan sijil penghargaan.

Hadiah penghargaan itu disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di Ipoh baru-baru ini. Turut hadir bapa Hojita, Itam Chu yang juga Tok Batin Kampung Ulu Bekor, Manong.

Hojita berkata, penghargaan itu menyemarakkan lagi semangatnya untuk terus meraih pencapaian lebih tinggi dalam pelajaran dan mengharumkan nama komuniti Orang Asli.

Stailo!»

Rantai eksklusif elemen warna Jalur Gemilang

kerjaya sebagai seorang arkitek dan pereka aksesori membuatkan Scha perlu sentiasa fokus.

Varia!»

Kerusi roda pulihkan semangat Abdul Rahim

Kamarulzaman (tiga dari kanan) dan Ghazali (dua dari kanan) bergelak tawa bersama Abdul Rahim yang ceria menerima kerusi roda baharu daripada 39er di Rawang, Selangor baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32