STAILO

Topi pelengkap gaya Bruno

Topi pelengkap gaya Bruno


Gaya ringkas Bruno yang mempunyai identiti tersendiri.


PETER GENE HERNANDEZ nama yang diberikan padanya. Barangkali ramai yang kurang mengenali nama tersebut. Namun, jika sebut saja nama Bruno Mars, pasti ramai orang sudah dapat membayangkan kelunakan vokalnya tatkala mengalunkan lagu Just The Way You Are dan Grenade.

Umum mengetahui kekuatan persembahan penyanyi berusia 26 tahun itu tidak bergantung pada kemantapan vokal semata-mata. Sebaliknya, bakatnya diiringi skil memainkan instrumen kegemarannya iaitu piano, harmonika dan gitar.

Sejak mencipta nama dua tahun lepas di Los Angeles, Amerika Syarikat, anak kelahiran Honululu, Hawaii itu terus-menerus meraih liputan meluas dan luar biasa. Populariti jejaka berdarah campuran Filipina (sebelah ibu) dan Puerto Rico (sebelah bapa) tersebut bukan sahaja melanda di AS malah tempiasnya berterbangan di seantero dunia, termasuklah Malaysia.

Sehubungan itu, ada berita baik buat peminat di Malaysia yang sebelum ini hanya mengenali Bruno Mars menerusi radio, televisyen mahupun media cetak. Sudah tiba masanya anda mendekati dan berhibur bersama lelaki berkulit hitam manis itu secara langsung. Pada 10 April depan, Bruno Mars bakal tiba ke Malaysia bagi menjayakan konsert jelajahnya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Rambut

"Kini saya lebih selesa dengan penampilan rambut pendek memandangkan sewaktu menuntut di sekolah tinggi saya sudah puas berambut afro. Ia merupakan potongan rambut bentuk bulat, keriting halus dan tebal."

Topi

"Tidak dinafikan segelintir peminat menyedari bahawa saya tidak lekang memakai fedora iaitu topi yang diperbuat daripada fabrik tebal dan berbentuk lengkung pada bahagian tepi. Saya gemar memakai topi kerana ia membantu menutupi rambut saya yang kadangkala tidak terurus."

Fesyen personal

"Saya meminati fesyen ringkas dan kasual seperti baju T, seluar jean, ves dan jaket."

Usia 18 tahun

"Pada usia 18 tahun saya pernah ditawarkan menandatangani kontrak bersama Motown Records sebagai artis solo tetapi malangnya saya terlalu muda. Pada tempoh berkenaan juga saya sibuk melakukan persembahan kecil-kecilan dan berjinak-jinak mencipta lagu."

Khidmat masyarakat

Disebabkan kesalahan memiliki kokain, Hakim Clark County District, Jessie Walsh menjatuhkan hukuman kepada Bruno Mars dengan menjalani pemulihan dan denda sebanyak AS$2,000 (RM6,095), termasuklah menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam bersama pertubuhan bukan kerajaan.

Pesona!»

Jalani hidup sebagai penghidap kanser

ujian mamogram perlu dilakukan golongan wanita setahun sekali terutama yang berumur 40 tahun ke atas. – Gambar hiasan

Varia!»

Berhutang dalam Islam

ISLAM tidak melarang umatnya berhutang tetapi perlu melalui kontrak yang berlandaskan syarak.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15