TERKINI

Mangsa jatuh laut ditemui mati lemas di Pangkor

Mangsa jatuh laut ditemui mati lemas di Pangkor

22/03/2011 6:14pm

LUMUT - Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam laut semasa memancing di Sungai Pinang Kecil di Pulau Pangkor di sini semalam ditemui mati kira-kira 10 meter dari tempat kejadian itu hari ini.

Mayat Leo Ding Khoon, 54, ditemui pada 8.30 pagi tadi dan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin di Kampung Acheh di sini sebelum dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk bedah siasat.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM Wilayah Satu, DSP Shaari Ariffin berkata, mangsa dilaporkan terjatuh ke laut ketika sedang memancing di pelantar ikan Hai Seng Hing.

"Kejadian itu kemudian dilaporkan kakak mangsa, Leo Poh Chu, 58, di Balai Polis Pulau Pangkor kira-kira 6.10 petang sebelum sepasukan anggota PGM dikejarkan ke situ lima minit kemudian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat, katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Rencana Utama!»

Himpunan 1,200 syarikat pertahanan

Seorang petugas pameran menunjukkan robot pemusnah bom jenis Mk3 Caliber buatan Kanada.

Stailo!»

Empat varian kasut tapak lembut

Antara koleksi kasut bayi Freddie The Frog yang terdapat di pasaran.

Varia!»

Preskripsi hijau rawat masalah psikiatri

Tapak semaian yang diusahakan oleh para peserta di taman rehabilitasi di SLU, Alnarp, Sweden.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31