NEGARA

DRSB tawar rumah kelas pertengahan pada harga kompetitif

DRSB tawar rumah kelas pertengahan pada harga kompetitif

SUNGAI PETANI – Darulaman Realty Sdn. Bhd. (DRSB), pemaju hartanah yang membangunkan Bandar Darulaman, Jitra di Kedah menawarkan kediaman untuk kelas pertengahan pada harga kompetitif di projek terbarunya, Darulaman Perdana di sini.

Rumah teres setingkat jenis Zirconia dan rumah berkembar setingkat jenis Ruby yang terletak di Presint 5 ditawarkan pada harga permulaan RM120,000 seunit, manakala rumah berkembar satu setengah tingkat jenis Emerald di Presint 9 serta rumah berkembar dua tingkat jenis Jade masing-masing dijual pada harga serendah RM257,895 dan RM303,158 seunit.

Pengurus DRSB, Anuarudin Alwi memberitahu, kesemua 66 unit kediaman Zirconia dan 14 unit Ruby kini siap dibina dan sedang menunggu sijil layak menduduki (CF), manakala 64 unit kediaman Emerald dan 10 unit Jade disediakan kepada pembeli.

Katanya, kediaman berprestij itu dibina di sepanjang Jalan Lencongan Timur berhadapan kawasan perindustrian Taman Ria Jaya dan Kelab Cinta Sayang.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Rencana Utama!»

Tomohon umpama ‘Pasadena Sulawesi’

Kereta berhias dari New Zealand yang berbentuk Gunung Berapi Lokon menarik perhatian orang ramai di Tomohon, Menado, Sulawesi Utara.

Pesona!»

Tabah besarkan anak autisme

umar dikurniakan suara merdu dan mampu bernyanyi setaraf penyanyi profesional.

Varia!»

F&N raikan pengguna setia

DARI kiri, Nadia, Hidayati dan Fatin Shazwani bergambar bersama hadiah kemenangan masing-masing di Sunway Pyramid, Petaling Jaya baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 62