SUKAN

Detik penting Kedah

Detik penting Kedah


RADHI (kanan) yang kini memangku tugas sebagai jurulatih Kedah sedang memberi arahan kepada pemain ketika sesi latihan di padang Istana Anak Bukit, Alor Setar semalam.


PERTEMBUNGAN Kedah dengan Terengganu pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam esok menjadi detik penting buat skuad Hijau Kuning untuk terus bernafas atau sebaliknya selepas mengalami kemerosotan prestasi musim ini.

Perlawanan itu dianggap sebagai misi hidup atau mati bagi Kedah yang dikendali sementara oleh penolong jurulatih, Radhi Mat Din setelah ketua jurulatihnya, Ahmad Yusoff direhatkan berikutan prestasi hambar pasukan itu.

Tempias kemelut prestasi jaguh dari utara itu turut terpalit kepada pengurusnya, Datuk Khazali Din yang juga diheret oleh peminat Kedah supaya beliau turut melepaskan jawatannya.

Bagi Khazali yang juga Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang berasa bertanggungjawab atas kemerosotan itu memberitahu, beliau juga mahu meletakkan jawatan tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana boleh menyebabkan keadaan pasukan bertambah buruk.

Katanya, selepas kekalahan Kedah pada saingan Piala FA menentang Felda United Jumaat lepas beliau mengadakan mesyuarat pengurusan pasukan bagi membincangkan prestasi Kedah.

“Saya berhasrat untuk meletak jawatan manakala Ahmad pula mahu mengambil cuti. Namun, hasrat saya tidak dipersetujui. Saya seorang penjawat awam yang menurut perintah (dilantik pengurus pasukan) untuk musim 2011.

“Ahmad mohon cuti atas kerelaannya bukan dipaksa dan cutinya sehingga selepas perlawanan Kedah menentang Terengganu, Sabtu ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penuh MBAS di Alor Setar semalam.

Beliau mengulas perkembangan yang berlaku dalam skuad Kedah selepas Ahmad direhatkan manakala Khazali sendiri turut didesak oleh peminat Kedah untuk meletakkan jawatan.

Khazali memberitahu, orang ramai yang berkumpul mendesak beliau dan Ahmad meletakkan jawatan adalah pemi- nat Kedah kerana sekiranya penyokong, mereka akan memberi maklum balas membina menerusi saluran yang betul demi kebaikan pasukan.

“Mereka membuat bising mendesak pihak tertentu mele- takkan jawatan tetapi tidak menyuarakan pandangan bagi menaikkan lagi mutu pasukan,” katanya.

Menurut beliau, pemain mengakui rasa bersalah dan sedih dengan apa yang berlaku kerana kemerosotan prestasi pasukan bukan sepatutnya diletakkan di atas bahu pihak tertentu sahaja tetapi menjadi tanggungjawab bersama sebagai satu pasukan.

“Dalam hal ini pemain turut mengambil tanggungjawab, begitu juga dengan saya sebagai pengurus pasukan,” katanya.

Tambahnya, perlawanan menentang Terengganu menjadi satu detik penting bagi menen- tukan hala tuju pasukan dalam saingan Liga Super.

Katanya, sekiranya Kedah menang bukan bermakna pasu- kan bagus tetapi ia adalah hasil acuan Ahmad, namun sekiranya kalah pengurusan mengambil sikap tunggu dan lihat.

“Apa pun, perlawanan Sabtu ini (esok) menjadi penentuan. Jika kalah kita akan lihat bentuk tindakan seterusnya sama ada mahu memilih ketua juru- latih baru atau sebaliknya,” katanya.

Varia!»

Ketokohan Bapa Perbankan Islam

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kanan) menyampaikan Anugerah Diraja Kewangan Islam kepada Abdul Halim di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16