TERKINI

15 pasukan hoki bawah-16 buru Piala MSN

15 pasukan hoki bawah-16 buru Piala MSN

08/03/2011 8:37pm

KUALA LUMPUR – Sebanyak 15 pasukan akan berentap untuk merebut piala Majlis Sukan Negara (MSN) dalam kejohanan hoki bawah-16 tahun yang akan diadakan di dua venue di Lembah Klang dari Jumaat ini hingga 20 Mac.

Timbalan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (MHF), Nur Azmi Ahmad berkata, pertandingan itu akan berlangsung di Stadium Hoki Kuala Lumpur di Lembah Pantai dan Stadium Kementerian Pelajaran di Jalan Duta.

"Sebanyak 13 pasukan negeri kecuali Sarawak akan menyertai kejohanan ini bersama-sama Polis Diraja Malaysia. Turut serta ialah Singapura, manakala Angkatan Tentera Malaysia tidak bertanding kali ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nur Azmi berkata, pasukan yang bertanding akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan pada akhir pusingan awal, dua pasukan teratas setiap pasukan akan bermain dalam perlawanan separuh akhir secara bersilang.

Kumpulan A terdiri juara bertahan Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Melaka, Pahang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah.

"Sementara Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Terengganu dan Singapura dalam Kumpulan B,” katanya. – Bernama

Rencana Utama!»

Tomohon umpama ‘Pasadena Sulawesi’

Kereta berhias dari New Zealand yang berbentuk Gunung Berapi Lokon menarik perhatian orang ramai di Tomohon, Menado, Sulawesi Utara.

Pesona!»

Tabah besarkan anak autisme

umar dikurniakan suara merdu dan mampu bernyanyi setaraf penyanyi profesional.

Varia!»

F&N raikan pengguna setia

DARI kiri, Nadia, Hidayati dan Fatin Shazwani bergambar bersama hadiah kemenangan masing-masing di Sunway Pyramid, Petaling Jaya baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32