TERKINI

Hujan lebat di ibu negara, beberapa jalan dinaiki air

Hujan lebat di ibu negara, beberapa jalan dinaiki air

24/02/2011 6:30pm

KUALA LUMPUR - Hujan lebat di ibu negara petang ini menyebabkan beberapa jalan utama dinaiki air akibat air melimpah dari beberapa batang sungai antaranya Sungai Gombak dan Sungai Bonus.

Berikutan banjir kilat setinggi kira-kira 0.7 meter itu, banyak kenderaan ringan terperangkap di beberapa jalan-jalan utama di ibu negara.

Jurucakap Bilik Gerakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, antara jalan yang terjejas ialah Jalan Tun Razak bermula di hadapan Pusat Rawatan Pusrawi menghala ke Cheras.

Ekoran itu, kenderaan ringan tidak boleh melalui jalan tersebut namun kenderaan yang menghala ke arah Bulatan Pahang masih boleh dilalui di jalan tersebut. - Bernama

Rencana Utama!»

Jong-nam pemimpin yang tak diangkat

PEMIMPIN tertinggi Korea Utara, Jong-un (kanan) memiliki raut wajah dan fizikal yang hampir sama seperti abang tirinya, Jong-nam.

Diva Interaktif!»

Nabila Huda luah isi hati

INILAH luahan hati Nabila menerusi Instagram miliknya mengenai tiada inisiatif pihak tertentu membawa artis negara ini ke program Oscar.

Iklan

Process time in ms: 47