TERKINI

UUM lancar Program “Jom Masuk UUM”

UUM lancar Program “Jom Masuk UUM”

20/02/2011 6:31pm

ALOR SETAR, 20 Feb (Bernama) — Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menganjurkan program ”Jom Masuk UUM” bermula Jumaat ini hingga 3 Mac bagi memberi maklumat kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan setaraf.

Unit Komunikasi Korporat universiti itu dalam satu kenyataan berkata program itu diadakan bagi mendedahkan program-program pengajian yang ditawarkan oleh UUM kepada pelajar lepasan STPM, STAM dan setaraf, sebelum mereka meneruskan pengajian peringkat ijazah di universiti.

Pelajar ditawarkan program pengajian oleh Kolej Perniagaan, Kolej Sastera dan Sains serta Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa.

Sempena program itu, UUM turut menyediakan pameran, selain pelajar diberi pendedahan berhubung tatacara mengisi borang permohonan ke universiti secara dalam talian.

Program itu diadakan di seluruh negara.

Bagi zon utara, ia akan diadakan di Dewan Seminar FTM UUM Sintok pada Jumaat dan Sabtu ini bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang manakala di Kulim akan berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Badlishah pada 27 Feb dan di Sik diadakan di SMK Sik pada 3 Mac. — Bernama

Horizon!»

Pupuk semangat kesukanan tinggi

Pemain memungut mata dengan cara melemparkan cakera pada ahli yang berada di hujung garisan penamat.

Varia!»

Ingatan merupakan satu anugerah

Price memiliki kebolehan yang dikenali sebagai autobiographical memory kerana mampu mengingati semua perkara yang berlaku pada dirinya.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31