SUKAN

Safee semakin teruja

Safee semakin teruja


SAFEE (kiri) bersama rakan sepasukan tekun mendengar taklimat sebelum memulakan latihan di Pusat Olahraga Pelita Jaya semalam.


PENYERANG kebangsaan, Mohd. Safee Mohd. Sali berasa teruja selepas mengikuti sesi latihan pertama bersama kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Jaya pagi semalam.

Selepas diperkenalkan pada satu majlis khas oleh pihak pengurusan Pelita Jaya setibanya di Jakarta pada Isnin lalu, Safee mula turun berlatih di Pusat Olahraga Pelita Jaya, Sawangan, Jakarta Selatan, semalam.

"Pada hari pertama latihan, rasa seronok kerana dapat berjumpa rakan baru dan merasai tempat baru.

"Fasiliti kelab sangat bagus dan para pemain lain juga cukup mesra. Cuma corak latihan berbeza sedikit dan pasukan ini banyak bermain one touch football.

"Terima kasih kepada semua yang memberi ucapan dan mendoakan saya di sini," kata Safee menerusi laman Facebook rasminya, 'SafeeSali_10 Official' semalam.

Sesi latihan pagi semalam dikendalikan dua penolong jurulatih Pelita Jaya iaitu I Made Pasek Wijaya dan Djadjang Nurjaman memandangkan ketua jurulatih, Miodrac Radovic berada di Australia.

Menerusi laman Facebook itu juga, pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim yang turut menyaksikan sesi latihan itu berkata, Safee kelihatan tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri.

"Dia (Safee) nampak enjoy dan cepat menyesuaikan diri. Tapi dia nampak agak penat kerana sudah empat hari tidak turun berlatih sejak tiba di Jakarta Isnin lalu.

"Esok (hari ini), skuad Pelita Jaya akan bertolak ke satu tempat peranginan di Punchak, Bandung untuk latihan pusat hingga 25 Februari sebelum aksi pertama pusingan kedua ISL pada 7 Mac menentang Persib Bandung," kata Zakaria.

Selain Safee, empat pemain import Pelita Jaya yang lain turut kelihatan pada sesi latihan pagi semalam iaitu penyerang dari Paraguay, Juan Ramirez, Tomoyuki Sakai, Shibakoya Yuichi (Jepun), Walter Benitez (Argentina) dan Coulibaly (Mali).

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 47