DUNIA

Menteri Luar India pertahan kesilapan bodoh di PBB

Menteri Luar India pertahan kesilapan bodoh di PBB


MENTERI Luar India, S.M. Krishna membaca teks ucapan Menteri Luar Portugal, Luis Amado dalam mesyuarat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, New York pada Jumaat lalu.


NEW DELHI - Menteri Luar India, S.M. Krishna kini cuba menyelamatkan reputasinya selepas beliau melakukan kesilapan bodoh dengan tersilap membaca ucapan rakan sejawatannya dari Portugal, Luis Amado dalam satu mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Jumaat lalu.

Agensi berita Press Trust of India (PTI) melaporkan Krishna membaca teks tersebut selama tiga minit sebelum seorang pegawai menegur kesilapannya.

"Dalam ucapan yang lebih peribadi, izinkan saya meluahkan rasa gembira kerana kebetulan mempunyai dua buah negara yang bertutur dalam bahasa Portugis, iaitu Portugal dan Brazil bersama kita pada hari ini," kata Krishna kepada PBB semasa beliau membaca teks ucapan untuk Menteri Luar Portugal.

Beliau kemudian cuba melupakan kesilapan itu dengan berkata: "Terdapat begitu banyak kertas di hadapan saya. Justeru, ucapan yang salah telah diambil. Malangnya, ia telah berlaku," kata Krishna.

Seorang tokoh perhubungan awam dan kolumnis tetap akhbar Mumbai Mid-Day, Dilip Cherian menjangkakan Krishna mungkin tidak disenaraikan dalam Kabinet yang akan datang.

Cherian menyatakan kesilapan itu memalukan menteri tersebut di PBB. - AFP

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 78