TERKINI

JPJ N. Sembilan nasihat elak guna orang tengah

JPJ N. Sembilan nasihat elak guna orang tengah

12/02/2011 4:45pm

SEREMBAN — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menasihatkan orang ramai yang berurusan dengan Bahagian Kejuruteraan Automatif jabatan itu supaya tidak menggunakan ‘orang tengah’ bagi mengelak dikenakan caj yang tidak sepatutnya.

Pemangku pengarah JPJ Negeri, Saifulnur Saad berkata, terdapat orang awam yang mendakwa ‘orang tengah’ mengenakan caj perkhidmatan sehingga RM300 bagi urusan tertentu termasuk permohonan penukaran enjin kenderaan sebagai upah untuk mereka, dan lebih dikesali memberitahu kadar itu ditetapkan JPJ.

"Semua itu percuma dan tiada bayaran dikenakan. Sehubungan itu orang ramai digalakkan berurusan secara langsung di kaunter pejabat JPJ negeri di sini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pemilik kenderaan mungkin memilih menggunakan khidmat ‘orang tengah’ kerana menganggap cara itu lebih mudah daripada hadir sendiri di Ibu Pejabat JPJ Putrajaya. — Bernama

Stailo!»

Mengangkat warisan Scotland

STOKING dipakai hingga mencecah paras lutut dalam gaya pemakaian kain tartan.

Varia!»

Nilai moral rakyat Malaysia mula terhakis

PERISTIWA model memakai pakaian dalam dan menjalani sesi fotografi di tempat awam di Ipoh telah mengejutkan rakyat Malaysia baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15