NEGARA

Murid mati ketika tiba di sekolah

Murid mati ketika tiba di sekolah

KULAIJAYA - Seorang murid tahun empat tidak sempat memulakan sesi pembelajaran apabila rebah dan meninggal dunia sebaik tiba di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kulai Besar di sini semalam.

Mangsa, Wong Chong Ren, 10, yang menghidap penyakit jantung berlubang dikatakan rebah dan tidak sedarkan diri di tangga sekolah ketika dalam perjalanan ke kelasnya.

Kejadian itu disedari beberapa orang murid yang kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada guru sekolah berkenaan.

Pihak pentadbiran sekolah kemudian membawa Chong Ren ke Hospital Kulaijaya, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Unit Kecemasan tidak lama kemudian.

Bapa mangsa, Wong Kok Wan, 37, berkata, anaknya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan dan pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah seperti biasa kira-kira pukul 6.20 pagi.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Process time in ms: 78