INFINITI

Pemanas mandian Electrolux

Pemanas mandian Electrolux


ELECTROLUX mengeluarkan pemanas air mandian yang memenuhi cita rasa pengguna.


APABILA seharian penat bekerja kita tentu sekali ingin menikmati mandian yang nyaman dan sempurna untuk menghilangkan kelesuan tubuh.

Bagaimanapun, air mandian terlalu sejuk kadangkala akan membuatkan kita berasa tidak selesa sekali gus mengurangkan keseronokan mandian.

Untuk itu syarikat pengeluar rangkaian peralatan elektrik terkemuka Eropah, Electrolux, memperkenalkan dua siri mesin pemanas air mandian inovasi tinggi dalam memenuhi cita rasa pengguna.

Kedua-dua siri tersebut iaitu Allure dan Aura memiliki rekaan ringkas, kompak dan moden amat sesuai digunakan di semua jenis bilik air bersesuaian dengan gaya hidup pengguna hari ini.


PEMANAS air mandian Electrolux ditampilkan dengan ciri keselamatan lengkap.


Rekaan kompak ditonjolkan produk terbaru itu dapat menjimatkan ruang terutama mereka yang mendiami kediaman kondominium, pangsapuri dan lain-lain lagi. Rangkaian produk terbaru itu juga kalis habuk untuk memudahkan lagi pengguna membersih dan menggunakannya.

Mesin pemanas air mandian yang mempunyai kadar aliran air minimum sebanyak dua liter dan aliran maksimum enam liter setiap minit itu dapat mengurangkan pembaziran air. Ia tentu sekali dapat membantu pengguna mengurangkan kos bil.

Dalam pada itu, terdapat lima pola semburan air yang ditawarkan kepada pengguna apabila menggunakan mesin pemanas air mandian terbaru itu iaitu standard, massage, mix, jumbo dan soothe.

Dari segi keselamatan pula, mesin pemanas air mandian itu adalah kalis air dan kebocoran sekali gus dapat melindungi pengguna daripada renjatan elektrik.


TERDAPAT lima pola semburan air pada Allure dan Aura.


Dengan mempunyai pemutus litar kebocoran bumi (ELCB) dan pelindung pusuan, ia akan memutuskan bekalan elektrik secara automatik apabila terdapat kebocoran pada produk berkenaan.

Bagi melindungi pengguna daripada melecur, produk itu turut menggunakan teknologi Double Action Thermostat yang akan menghentikan kuasa secara automatik apabila suhu air menjadi terlalu panas.

Kedua-dua siri tersebut yang didatangkan bersama jaminan lima tahun boleh didapati di lebih 1,000 pengedar Electrolux di seluruh negara.

Ia dijual pada harga RM312 hingga RM738. Untuk keterangan lanjut mengenai produk terbaru itu boleh melayari laman web www.electrolux.com.my.

Process time in ms: 31