HIBURAN

Lady Gaga nak tunang

Lady Gaga nak tunang


LADY GAGA


LADY GAGA ingin bertunang! Itu berita terbaru mengenai penyanyi berimej pelik tersebut. Gaga dikatakan akan bertunang dengan bekas kekasih yang kini kembali bercinta dengannya, Luc Carl.

Gosip tersebut begitu kencang diperkatakan selepas Carl berpindah ke kediaman Gaga di Bel Air.

Menurut laporan Daily Star, pasangan yang pertama kali berpacaran empat tahun lalu, sebelum Gaga menjadi terkenal pada tahun 2008 itu akan bertunang segera.

Hal itu disahkan oleh beberapa teman kedua-dua mereka dengan mendakwa pengumuman pertunangan mereka akan dibuat sebelum Gaga melancarkan album terbarunya pada 13 Februari nanti.

Bagaimanapun menurut sumber itu, walaupun sudah bertunang, mereka tidak terburu-buru untuk berkahwin.

"Dia dan Carl tidak akan terburu-buru mengumumkan tanggal pernikahannya. Bahkan Gaga masih belum punya cincin pertunangan, kerana Carl tak mampu membelinya," ujar salah seorang teman dekat pasangan tersebut.

Gaga kembali memberi peluang kedua kepada Luc yang curang kepadanya pada tahun lalu untuk menyambung semula cinta mereka. Tindakan tersebut dilakukan Gaga kerana penyanyi itu dikatakan terlalu mencintai lelaki tersebut.

Process time in ms: 32