TERKINI

Pelajar dibunuh kejam sebelum ditanam belakang rumah

Pelajar dibunuh kejam sebelum ditanam belakang rumah

17/01/2011 8:06pm

KOTA SAMARAHAN - Seorang pelajar yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemui mati dibunuh secara kejam dan mayatnya ditanam dalam lubang sedalam setengah meter di belakang sebuah rumah di Kampung Sadong Jaya di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Abdul Rahman Ahmad berkata, Taufik Abdul Rahim, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera mati akibat kecederaan parah di kepala dipercayai dibunuh sekumpulan lelaki yang terbabit dalam sindiket curi motosikal serta pecah rumah.

Beliau berkata, penemuan mayat mangsa yang berasal dari Kampung Iboi, Sadong Jaya pada jam 10 pagi ini susulan penahanan seorang remaja berusia 19 tahun di Kampung Sadong Jaya awal hari ini yang dipercayai turut terbabit dalam pembunuhan tersebut.

"Menerusi siasatan awal polis, suspek mengaku terbabit dalam kejadian tersebut dan turut mendedahkan lokasi mangsa ditanam kira-kira 10 pagi ini, katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. - Bernama

Process time in ms: 47