INFINITI

Gubahan maya Azrin Adrina

Gubahan maya Azrin Adrina


MASIH bergelar mahasiswa, bisnes dalam blog menjadi sumber pendapatan tambahan buat Azrin.


MENERJAH ke dunia elektronik dan alam maya seawal usia belasan tahun menjadikan anak kelahiran Kuala Lumpur ini sebati dengan bidang penulisan blog.

Mempunyai kelulusan ijazah dalam bidang kewartawanan, Universiti Sains Malaysia (USM), blog menjadi medium untuk pemilik nama Azrin Suzieyatie Adrina Anuar mengasah bakat penulisan di samping menjana pendapatan pasif.

Ketaksubannya dalam alam blogging membuka peluang buat Azrin untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan menerusi perniagaan menerusi Internet.

Menyedari risiko untuk memperoleh pelanggan dalam masa singkat, pemilik blog suzieyatieadrina.blogspot.com cekal mempromosi barangan hasil cetusan ideanya sendiri kepada taulan yang dikenalinya terlebih dahulu.

“Kini, perniagaan yang saya bangunkan berasaskan modal RM500 mendapat sambutan hangat apabila sering dibeli secara pukal terutamanya peminat dari Kuala Lumpur, Kedah dan Pulau Pinang yang gemarkan aksesori serta fesyen yang tampak urban dan funky,” ujar cahaya mata kepada pelakon, Anuar Rahman itu.

Mendapat galakan daripada keluarga dan sahabat rapat, Azrin mula melebarkan sayap dalam alam perniagaan aksesori rambut wanita pada pertengahan tahun ini.

Selain itu, blog yang didaftarkan untuk tujuan mencatatkan isi hatinya dahulu turut digunakan sebagai medan jualan selendang untuk penggemar fesyen bertudung.

Tidak terhenti setakat itu, gadis yang bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana itu juga memasarkan tas tangan wanita yang sesuai digayakan oleh semua peringkat usia hasil daripada kreativiti dan imaginasinya sendiri.

“Ketika awal penulisan saya dalam dunia blog banyak memaparkan kisah hidup yang saya alami seharian. Kini lebih banyak masa diluangkan untuk mengemaskini produk jualan saya dalam ruang maya itu.

“Permintaan saban hari semakin meningkat seiring dengan pertambahan jumlah pelawat di blog saya dan tempahan juga kian bertambah,” ujarnya yang turut dilanda kesibukan berkarier di Pulau Pinang.

Menyediakan kod setiap produk buatannya untuk memudahkan tempahan, gadis yang turut menjadikan laman facebook untuk menambah kenalan sosial meletakkan butiran asas di blog peribadinya itu untuk memudahkan pelanggan menghubunginya.


BLOG yang dahulunya menjadi diari maya catatan hidup kini berubah menjadi platform perniagaan buat Azrin.


iPhone mudahkan akses

Sebagai salah seorang pengguna teknologi canggih iPhone 4G, corak komunikasi Azrin menjadi lebih praktikal dan cepat terutama untuk menulis blog.

“Saya tidak perlu bersusah-payah membuka laptop semata-mata untuk menulis blog saya kerana kemudahan yang disediakan oleh teknologi telefon pintar ini membolehkan saya mengemaskini data blog mahupun facebook dengan lebih cepat tak kira di mana saya berada,” cerita gadis berusia 23 tahun itu.

Menyediakan lebih 500 rekaan hiasan kepala, pin tudung dan rantai kunci, Azrin juga memasarkan lebih 100 jenis selendang pelbagai corak dan tas tangan rekaan sendiri yang diolah daripada bahan mentah seperti felt yang dibelinya daripada blog di luar negara.

“Saya akan menambah stok produk saya dari semasa ke semasa dan berhasrat untuk menambah jenis barangan lain untuk dipasarkan melalui blog ini,” tambah gadis ini yang menjadikan novel sebagai peneman di kala sunyi.

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 63