TERKINI

Banjir: Pelatih PLKN diminta hubungi JLKN

Banjir: Pelatih PLKN diminta hubungi JLKN

03/01/2011 1:23pm

ALOR SETAR Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di beberapa daerah di Kelantan yang dilanda banjir dan menghadapi masalah untuk melaporkan diri diminta menghubungi Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata langkah itu bertujuan membolehkan JLKN mengaturkan kaedah sesuai supaya mereka boleh melaporkan diri tanpa perlu menangguhkan sesi latihan.

"Kepada pelatih yang tidak dapat bergerak kerana banjir, mereka perlu segera hubungi jabatan (melalui nombor telefon yang ada pada surat panggilan) dan pihak jabatan akan beritahu apa tindakan selanjutnya yang perlu diambil.

"Setakat ini saya belum dapat laporan mengenai jumlah pelatih yang terlibat banjir, tapi sebaik selesai masalah banjir, mereka boleh melaporkan diri, katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pergerakan 715 pelatih PLKN siri 8/2011 di Stadium Darul Aman di sini hari ini.

Abdul Hadi berkata, jumlah pelatih bagi siri kali ini di seluruh negara adalah 140,000 orang. Bernama

Process time in ms: 47