TERKINI

Pasar raya Terengganu setuju kurangkan beg plastik

Pasar raya Terengganu setuju kurangkan beg plastik

01/01/2011 4:54pm

KUALA TERENGGANU — Sebanyak 13 pasar raya di sini, Dungun dan Kemaman telah bersetuju memberi kerjasama kepada kerajaan bagi menjayakan kempen ”Kurangkan Penggunaan Beg Plastik”.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kesihatan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, langkah itu akan diperluaskan ke daerah lain di Terengganu dalam masa terdekat.

"Kita harap masyarakat akan memberikan kerjasama bagi menjayakan kempen ini,” katanya kepada pemberita selepas perasmian kempen ”Kurangkan Penggunaan Beg Plastik” peringkat negeri Terengganu, di sini hari ini.

A. Rahman berkata, mulai hari ini dan setiap Sabtu selepas ini, pasar raya berkenaan tidak akan membekalkan beg plastik percuma kepada pengguna.

Sebaliknya pengguna akan dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik jika mereka memerlukannya dan sebahagian daripada wang itu akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan pengguna Terengganu, kata beliau. — Bernama

Process time in ms: 312