SUKAN

Penyokong Indonesia ugut tembak kami - Amri

Penyokong Indonesia ugut tembak kami - Amri

RATA-RATA pemain bola sepak kebangsaan yang baru pulang selepas menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 kelmarin menyifatkan kerenah penyokong fanatik bola sepak Indonesia amat menakutkan.

Walaupun mereka menaiki kereta peri- sai demi keselamatan, namun masih ada sebilangan penyokong republik itu mengugut untuk menembak pemain pasukan bola sepak negara.

Penyerang senior kebangsaan, Mohd. Amri Yahyah yang mendengar sendiri ugutan daripada penyokong Indonesia yang fanatik itu berkata, ia suatu pengala- man yang tidak boleh dilupakan.

"Mereka kata, kalau di Malaysia pakai panahan pena laser, di sini (Indonesia) kami pakai senapang. Itu yang saya dengar dan mereka memang fanatik dan bebas menyuarakan ketidakpuasan hati masing-masing," katanya ketika ditemui Kosmo! di Wisma FAM, Kelana Jaya sekembali ke tanah air semalam.

Menurut Mohd. Amri, dia mendengar kata-kata itu semasa sesi memanaskan badan di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta dan mengaku perasaan takut me- nyelubungi dirinya.

"Keadaan di sana amat tegang dengan dipenuhi oleh penyokong-penyokong Indonesia sepanjang memasuki kawasan stadium," katanya.

Sementara itu, penyerang sensasi dan penjaring terbanyak kejohanan, Mohd. Safee Mohd. Sali juga mengakui, sikap fanatik penyokong Indonesia begitu berbeza dengan penyokong di Malaysia.

Katanya, selain ugutan, mereka juga tanpa segan menunjukkan isyarat lucah kepada pemain negara selain cuba menggunakan kekerasan semasa pasukan negara keluar dari hotel penginapan ketika berangkat pulang ke tanah air.

Bagi penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat pula, konsentrasinya terganggu semasa menaiki kereta perisai tersebut.

Process time in ms: 47