NEGARA

Guru kekal dipenjara 20 bulan rangsang murid

Guru kekal dipenjara 20 bulan rangsang murid


MAHKAMAH Tinggi Seremban semalam mengekalkan hukuman penjara 20 bulan terhadap Mohd. Harith yang didapati bersalah mencabul muridnya.


SEREMBAN Mahkamah Tinggi di sini semalam mengekalkan hukuman penjara 20 bulan terhadap seorang guru penolong kanan sebuah sekolah rendah di sini yang didapati bersalah melakukan kelucahan melampau terhadap murid lelakinya tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati Hakim Mahkamah Majistret telah membuat keputusan yang tepat dan menyeluruh.

Menurut Ahmad Nasfy, dalam kes tersebut ada saksi yang melihat kelakuan tertuduh selain pihak pendakwa mempunyai beberapa keterangan sokongan daripada saksi-saksi lain.

Tertuduh, Mohd. Harith Mohd. Nor, 42, didapati bersalah merangsang seorang murid lelaki yang ketika itu berusia 11 tahun untuk melakukan kelucahan melampau di dalam pejabatnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Wawasan Seremban 2 di sini pada November dan Disember 2007.

Bapa kepada seorang anak perempuan berusia tujuh tahun itu didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun dan sebatan jika bersabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Harga teripang kering RM500 sekilogram untuk sektor akuakultur

KEPUTUSAN fasa pertama pembiakan Holothuria Scabra bakal mempengaruhi tindakan kerajaan untuk memasukkannya ke dalam sektor akuakultur di peringkat kebangsaan.

Varia!»

Ilmu sains dalam Islam dibukukan

MUHAMAD KAMAL (empat dari kanan), Mohd. Khairi (lima dari kiri) dan Mahmood Zuhdi (dua dari kanan) bersama para penyelidik yang terlibat dalam penerbitan buku tersebut.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31