NEGARA

Maut sebelum sempat naik pesawat

Maut sebelum sempat naik pesawat


PASUKAN penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands semalam.


IPOH Kegembiraan sekumpulan 35 pelancong dari Hatyai, Thailand bercuti di pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang bertukar tragedi apabila 25 daripada mereka terbunuh selepas bas yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini semalam.

Kemalangan membabitkan bas persiaran dua tingkat milik San Express Holiday pada pukul 11.40 pagi itu turut mengorbankan dua warga tempatan iaitu pemandu, Omar Shahidan, 48, dan pemandu pelancong berketurunan Siam Malaysia, Soontorn a/l Kian, 38.

Tragedi itu berlaku dalam jarak kira-kira 15 kilometer dari Simpang Pulai.

Polis tidak menolak kemungkinan tragedi berkenaan berpunca daripada masalah brek dan tayar tetapi siasatan lanjut mengenai nahas akan dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, 22 mangsa maut di tempat kejadian manakala lima lagi mati semasa dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Sambal bilis ibu juadah istimewa Mohd. Faiz

MOHD. FAIZ SUBRI menerima ucapan tahniah daripada bintang bola sepak Brazil, Ronaldo selepas memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland,malam kelmarin. AFP

Horizon!»

Kolam mandi kanak-kanak pertama DBKL

Kolam mandi kanak-kanak mampu memuatkan sehingga 100 orang dalam satu-satu masa.

Process time in ms: 31