DUNIA

Katrina Kaif dipilih wanita paling seksi di dunia

Katrina Kaif dipilih wanita paling seksi di dunia


KATRINA KAIF


LONDON - Aktres popular Bollywood, Katrina Kaif dinamakan sebagai wanita paling seksi di dunia untuk tiga tahun berturut-turut menewaskan pesaingnya seperti pelakon Freida Pinto dan Priyanka Chopra, lapor sebuah akhbar semalam.

Pengiktirafan Katrina yang membintangi filem Raajneeti dan Tees Maar Khan yang ditayangkan semasa sambutan Krismas itu diumumkan akhbar Eastern Eye's di London.

"Saya sangat gembira kerana menjuarai senarai Eastern Eye's sekali lagi. England sememangnya lokasi istimewa buat saya dan saya rasa bertuah diundi sebagai wanita paling seksi oleh mereka.

"Saya mahu berterima kasih kepada semua orang kerana sokongan ini," kata Kaif yang berusia 26 tahun.

Pemilihan itu dibuat berdasarkan gambar wanita yang paling banyak dirakamkan dan paling dikehendaki oleh penerbit filem serta peminat.

"Walaupun heroin Bollywood mendominasi 10 kedudukan teratas, senarai untuk tahun 2010 turut meliputi pemenang ratu cantik, pelakon terkenal dari seluruh dunia, bintang pop dan personaliti televisyen.

Justeru, Katrina harus berbangga apabila dia dinobatkan sebagai pemenang," kata editor hiburan Eastern Eye's, Asjad Nazir. Pelakon itu dilaporkan sudah berpisah dengan kekasihnya, Salman Khan yang turut dipilih sebagai lelaki paling seksi oleh majalah People.

Akhbar Eastern Eye's itu diterbitkan dalam bahawa Inggeris untuk komuniti Asia di London. - Agensi

Process time in ms: 63