NEGARA

<i>Hantu Kak Limah</i> kutip RM1.2 juta

Hantu Kak Limah kutip RM1.2 juta


WATAK Hantu Kak Limah yang dilakonkan oleh Delimawati berjaya menarik peminat untuk memenuhi panggung.


KUALA LUMPUR – Walaupun jumlah kutipan filem Estet agak mengecewakan pengarah filem, Mamat Khalid, namun filem terbarunya, Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) pula menunjukkan perkembangan di sebaliknya.

Dalam tempoh dua hari tayangan, filem sekuel filem Zombi Kampung Pisang itu didakwanya sudah berjaya mengutip sebanyak RM1.2 juta.

Bagaimanapun jumlah itu belum disahkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang hanya akan mengeluarkan kenyataan selepas seminggu sesebuah filem ditayangkan.

Menurut Mamat, beliau dimaklumkan, jumlah kutipan pada hari pertama tayangan filem HKLBR pada Khamis lalu, mencecah RM330,000 dan RM870,000 pada hari kedua.

“Masa membaca skrip sahaja saya sudah dapat rasa ada kelainan yang akan berlaku dalam filem ini dan jangkaan itu boleh dikatakan menjadi sekarang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31