NEGARA

Pengalaman 3D BIG Cinemas

Pengalaman 3D BIG Cinemas


PENGGUNAAN kaca mata 3D aktif membolehkan penonton merasai pengalaman tontonan filem terbaik tanpa mengira lokasi tempat duduk mereka.


KUALA LUMPUR – BIG Cinemas Lotus Five Star Sdn. Bhd. (BIG Cinemas) kini menawarkan paparan tiga dimensi (3D) futuristik pertama di negara ini melalui penggunaan kaca mata 3D aktif di 10 buah panggung wayang miliknya.

Selain kaca mata 3D aktif, syarikat itu turut menggunakan projektor digital dengan peningkatan kapasiti 4K untuk memberikan pengalaman 3D terbaik kepada penonton tidak kira di mana kedudukan mereka ketika di panggung berkenaan.

Pengurus Pemasarannya, Eliza Kow berkata, lima pawagam milik BIG Cinemas itu terletak di Kepong, Kuala Lumpur; Taiping, Perak; Kulim, Kedah dan Batu Pahat serta Kluang, Johor.

“Bagi setiap pawagam terpilih, dua panggung dikhaskan untuk tayangan filem 3D dan kami yakin para pengunjung akan berpuas hati dengan hasil teknologi yang ditawarkan ini,” katanya kepada pemberita sempena tayangan filem animasi 3D Rapunzel - A Tangled Tale di pusat beli-belah Brem Mall di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Process time in ms: 47