DUNIA

Filem Harry Potter cecah kutipan RM190.5 juta

Filem Harry Potter cecah kutipan RM190.5 juta


GAMBAR menunjukkan salah satu adegan yang terdapat dalam filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1.


LOS ANGELES - Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1 berjaya mencatat kutipan sebanyak AS$61.2 juta (RM190.5 juta) pada hari pertama tayangannya.

Tayangan pembukaan pada hujung minggu lalu mencatatkan kutipan terbaik dalam siri filem Harry Potter sebelum ini.

Tayangan pada Jumaat lalu, meletakkan Deathly Hallows di landasan yang betul untuk melepasi kutipan filem sebelumnya, Harry Potter and the Goblet of Fire yang mencatatkan jualan tiket mencecah AS$102.7 juta (RM319.7 juta) pada tahun 2005.

Filem terbaru Harry Potter itu menduduki tempat kelima dalam carta box-office bagi kutipan terbesar pada hari pembukaan.

Ia berada di belakang filem The Twilight Saga: New Moon yang mencatat kutipan sebanyak AS$72.7 juta (RM226.3 juta).

Sementara itu, filem The Twilight Saga: Eclipse mendapat kutipan sebanyak AS$68.5 juta (RM213 juta), filem The Dark Knight sebanyak AS$67.2 (RM209.1 juta) dan filem Transformers: Revenge of the Fallen sebanyak AS$62 juta (RM193 juta).

Francais filem Harry Potter telah menjana pendapatan sebanyak AS$5.5 bilion (RM17.1 bilion) sejak filem pertamanya ditayangkan pada tahun 2001.

Filem terbaru Harry Potter itu adalah berdasarkan bahagian pertama novel ketujuh Harry Potter karya J.K Rowling.

Filem terakhir, Deathly Hallows: Part 2 dijangka ditayangkan pada Julai tahun depan. - AP

Rencana Utama!»

Sambal bilis ibu juadah istimewa Mohd. Faiz

MOHD. FAIZ SUBRI menerima ucapan tahniah daripada bintang bola sepak Brazil, Ronaldo selepas memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland,malam kelmarin. AFP

Horizon!»

Kolam mandi kanak-kanak pertama DBKL

Kolam mandi kanak-kanak mampu memuatkan sehingga 100 orang dalam satu-satu masa.

Process time in ms: 31