NEGARA

Lepaskan semua jawatan dalam PKR

Lepaskan semua jawatan dalam PKR


ZAID


KUALA LUMPUR - Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim semalam mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding pemilihan parti itu selain melepaskan semua jawatannya dalam PKR.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam blognya, Zaid berkata, pucuk pimpinan PKR tidak langsung cuba menangani pelbagai isu berhubung manipulasi dan amalan pemilihan yang tidak adil walaupun isu-isu itu sering dibangkitkan.

"Sepanjang proses pemilihan parti, beberapa perkembangan menunjukkan kepimpinan parti membiarkan salah guna kuasa dan penipuan dalam pemilihan berlaku bagi mencapai tujuan tertentu.

"Saya yakin mana-mana parti politik yang mengamalkan nilai hipokrit dan palsu seperti ini tidak dapat menawarkan perubahan yang bermakna kepada rakyat di negara ini," katanya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau amat kecewa kerana tidak dapat terus bertanding dalam proses pemilihan yang tercemar.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 32