NEGARA

Maut sebelum sempat tegur pemandu

Maut sebelum sempat tegur pemandu


ORANG ramai melihat keadaan sebuah bas ekspres yang terbabas ke dalam sebatang tali air hingga menyebabkan Ismail Natayuddin maut di Pekan semalam.


PEKAN Niat seorang lelaki untuk menegur sikap pemandu yang memandu sebuah bas ekspres dengan laju tidak kesampaian apabila kenderaan itu terbabas ke dalam tali air dekat Sungai Miang di sini sehingga mengorbankan nyawanya.

Kejadian pukul 8.15 malam di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi di sini itu mengakibatkan graduan Ijazah Sarjana Muda Elektrik Universiti Tenaga Nasional, Ismail Natayuddin Hamdan, 25, mati di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, bas itu membawa 33 penumpang. Empat lagi penumpang cedera parah dan dirawat di Hospital Pekan di sini manakala bakinya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ismail Natayuddin dipercayai lemas selepas gagal diselamatkan apabila bahagian kiri bas itu terbalik ke dalam tali air tersebut.

Difahamkan, sebelum kejadian Ismail Natayuddin bersama seorang rakannya berada di barisan kedua tempat duduk di belakang pemandu. Mereka dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuantan selepas mengikuti kursus latihan jalur lebar di Senai, Johor sejak sebulan lalu.

Rakannya, Mohd. Shukri Zahat, 25, memberitahu, beberapa minit sebelum kejadian, mangsa memberitahu hasratnya untuk menegur cara pemanduan pemandu bas tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31