TERKINI

Peserta konvoi motosikal terbunuh ditempuh

Peserta konvoi motosikal terbunuh ditempuh

29/10/2010 7:43pm

IPOH Seorang peniaga yang menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi terbunuh apabila dirempuh rakan, selepas jentera yang dipacunya terbabas akibat bergesel dengan sebuah lori di Km 262.7 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Terowong Menora, di sini hari ini.

Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, DSP Mohd Rodzi Rejab berkata, Robert Lim Boon Huat, 52 dari Taman Desa, Kuala Lumpur maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Rakannya yang dikenali Cheng Teng Siong, 38, dari Puchong, Selangor hanya cedera ringan dalam kejadian pukul 11.15 pagi itu, katanya ketika dihubungi di sini.

Mengulas lanjut, Mohd Rodzi berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila lori yang berada di hadapan Boon Huat secara tiba-tiba memasuki laluan memotong di sebelah kanan.

Ia menyebabkan motosikal yang ditunggang Boon Huat bergesel dengan lori itu sebelum terjatuh, manakala Teng Siong yang mengekori tidak sempat mengelak dan merempuh Boon Huat, katanya. Bernama

Horizon!»

Pengalaman indah belai, manjakan gajah

Dua ekor anak gajah ini melakonkan semula kejadian sebenar ibunya mati sebelum kedua-duanya ditangkap oleh Perhilitan dan ditempatkan di KECV.

Varia!»

Terminal Pukal Lekir beroperasi selama 24 jam

Kesibukan sering berlaku di pintu masuk LBT yang membekalkan arang batu ke Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung, Perak.

Process time in ms: 32