INFINITI

Misi 2020 delegasi PBB

Misi 2020 delegasi PBB


SIDANG yang menumpukan kepada usaha pemuliharaan alam sekitar dan biodiversiti ini diharapkan bebas daripada kekangan politik.


DELEGASI dari lebih 190 negara telah menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Tokyo, Jepun minggu lalu.

Ia antara lain mengetengahkan isu berkaitan pelestarian spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta ekosistem yang terancam akibat pencemaran, eksploitasi dan pemusnahan habitat.

Selama ini, para saintis telah banyak kali memberi peringatan bahawa manusia semakin banyak menyebabkan spesies lain pupus. Atas sebab itulah alam semula jadi mengalami kemusnahan berterusan.

Persidangan berkenaan berhasrat menetapkan 20 sasaran daripada para delegasi sehingga tahun 2020.

Selepas tempoh 17 tahun selepas Konvensyen Diversiti Biologikal PBB diwujudkan, ia masih belum mencapai sebarang inisiatif besar untuk melambatkan proses kepupusan spesies dan kemusnahan ekosistem.

Menurut konvensyen berkenaan, katak dan amfibia lain adalah yang paling terancam untuk pupus manakala terumbu karang pula adalah elemen alam yang menyusut paling cepat. Lebih menyedihkan, dunia hampir kehilangan satu pertiga bagi semua spesiesnya yang terancam.

Para saintis memberi amaran bahawa kadar kemusnahan akan meningkat dan habitat semula jadi akan turut musnah. Keadaan ini akan menyumbang kepada perubahan cuaca dan mengancam produksi pertanian, stok ikan di lautan dan capaian kepada sumber air bersih.

Pakar Biologi Serangga, E.O. Wilson dari Universiti Harvard memberitahu bahawa krisis persekitaran akibat aktiviti manusia menolak bumi ke fasa keenam terbesar iaitu yang terhebat selepas dinosaur pupus 65 juta tahun dulu.

Ambil tindakan

Bagaimanapun, beberapa garis panduan telah ditetapkan antara negara maju dan membangun berhubung kenyataan misi strategik konvensyen berkenaan. Antara lain, mereka membincangkan sama ada untuk mengambil tindakan menghenti atau melambatkan kehilangan biodiversiti sehingga tahun 2020.


ANTARA agenda yang sedang dibincangkan para delegasi PBB adalah mengenai kepentingan masa depan dalam perhubungan antara manusia dan alam yang lestari.


Seterusnya adalah bagi mencari jalan untuk secara adil berkongsi manfaat sumber daya genetik. Misalnya mengenai isu tanaman asli di negara-negara miskin yang diproses menjadi produk ubat yang menguntungkan di Barat.

Ia sepatutnya menguntungkan kedua-dua belah pihak secara bertimbal-balik, dan bukannya memberi kelebihan kepada satu-satu negara.

Dalam pada itu, banyak kumpulan pemuliharaan mendedahkan bahawa kebanyakan sasaran yang ditetapkan selama ini terlalu kabur hinggakan tiada siapa yang berani bertanggungjawab ataupun mengambil tindakan yang tepat.

Kebergantungan biodiversiti

"Kita belum berjaya menyampaikan mesej bahawa masyarakat dan ekonomi dunia bergantung kepada biodiversiti," kata Bill Jackson, Timbalan Ketua Pengarah Pertubuhan Kebangsaan Untuk Pemuliharaan Alam (IUCN).

"Kita perlu mengatasi masalah ini dalam tempoh sepuluh tahun akan datang," katanya yang mengulas mengenai intipati persidangan tersebut.

Bagi Jepun yang menjadi tuan rumah, persidangan tersebut dijadikan sebagai peluang menggambarkan negaranya sebagai pelindung diversiti melalui undang-undang membataskan perdagangan tuna, jerung dan spesies marin lain.

Dalam mewujudkan sinergi persefahaman dan kerjasama, jurang pemisahan di antara negara kaya dan miskin ke atas perkongsian sumber genetik yang adil boleh merosakkan inspirasi persidangan tersebut.

Contohnya, tumbuhan rosy periwinkle yang merupakan tumbuhan asal Madagascar, mengandungi dua zat yang dapat melawan penyakit kanser. Syarikat perubatan telah menanam tumbuhan itu dan telah mendapat keuntungan daripadanya, tetapi hanya sedikit manfaat dipulangkan ke negara asalnya, Madagascar.


TERUMBU karang dunia adalah elemen alam semula jadi yang paling pantas menyusut akibat kemusnahan.


Negara membangun mengatakan mereka patut menerima royalti atau berkongsi manfaat daripada sumber semula jadi itu.

"Negara membangun meletakkan tekanan ke atas negara maju dan mengatakan sekiranya kami tidak mencapai persetujuan dalam isu ini, mereka tidak akan memberikan apa yang kami mahu dalam pelan strategik itu," kata Patricia Yakabe Malentaqui, pengurus media antarabangsa pada kumpulan pemuliharaan persekitaran antarabangsa.

Antara sasaran lain yang akan ditetapkan adalah peratusan tanah bumi dan lautan yang harus dilindungi menjelang 2020.

Ketika ini, 13 peratus tanah dan kurang satu peratus laut terbuka disenarai sebagai kawasan yang dilindungi. Ia terdiri daripada kawasan simpanan dan juga kawasan yang diuruskan untuk pelestarian sumber alam semula jadi.

Bagi Organisasi Pemuliharaan Kebangsaan Amerika Syarikat, peratusan berkenaan perlu dinaikkan kepada 25 peratus dengan seberapa segera.

Walaupun para delegasi bersetuju dengan sasaran tersebut, mekanisma pelaksanaannya adalah satu perkara berbeza. Para pelabur dan usahawan pasti menolak untuk mengehadkan aktiviti mereka manakala faktor pertumbuhan populasi dan permintaan menyukarkan lagi agenda perlindungan berkenaan.

Walau bagaimanapaun, kumpulan pencinta alam menafikan andaian tersebut.

Mereka mengeluarkan hujah bahawa dengan mencipta kawasan yang dilindungi, pulangan manfaat ekonomi akan berganda. Contohnya, terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa kaedah perikanan yang selamat menjadikan populasinya akan pulih dengan lebih cepat.

Rencana Utama!»

Impian setiap kaki pancing

MAZNAH (tiga dari kanan) berjaya menangkap seekor ikan layaran seberat 60 kilogram pada hari kedua RPBIC 2014 di perairan Rompin.

Varia!»

Rekrut ahli melalui Facebook

AHLI-AHLI militan ada yang direkrut melalui laman Facebook. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31