TERKINI

Pertandingan ayam serama tarik pelancong

Pertandingan ayam serama tarik pelancong

17/10/2010 5:47pm

KOTA BHARU - Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan akan menjadikan pertandingan ayam serama atau ayam katek sebagai produk baru pelancongan bagi menarik pelancong luar negara, khasnya negara jiran ASEAN ke negeri ini.

Pengurusnya, Ahmad Shukeri Ismail berkata, ia juga akan dijadikan acara tahunan selain pertandingan wau atau layang-layang peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, pertandingan ayam serama peringkat negara Asean itu akan diadakan pertama kali di tapak kekal Taman Orkid Tengku Anis, di Jalan Padang Tembak di sini pada 23 Oktober ini.

"Pada peringkat permulaan ini seramai 400 peserta memberi persetujuan menyertai pertandingan kecantikan ayam serama itu yang akan dikendalikan Persatuan Peminat Ayat Serama Kelantan," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, antara negara ASEAN terbabit ialah Thailand, Singapura dan Indonesia selain peminat ayam serama dari Pantai Barat Semenanjung, khasnya Kuala Lumpur.

Katanya, pada pertandingan itu, peserta tempatan dan luar negara berpeluang didedahkan dengan maklumat mengenai keunikan haiwan itu serta teknik pemeliharaan agar boleh dijadikan industri penjanaan ekonomi jika dikomersialkan. - Bernama

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 47