NEGARA

Kemalangan ngeri 10.10.10

Kemalangan ngeri 10.10.10


PASUKAN penyelamat mengusung seorang mangsa kemalangan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam.


MELAKA – Tarikh 10.10.10 yang dinanti-nanti kebanyakan orang ‘meragut’ 12 nyawa manakala lebih 40 orang cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam.

Dalam tragedi ngeri pada pukul 6.40 petang, kesemua mangsa yang terkorban terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita.

Setakat tengah malam tadi identiti semua mangsa belum dikenal pasti.

Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah sebuah bas ekspres Delima, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.

Seorang jurucakap syarikat Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ketika dihubungi berkata, kemalangan itu didakwa berpunca daripada bas ekspres Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara. Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.

“Selepas melanggar pembahagi jalan bas tersebut berpusing-pusing memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah van yang dalam perjalanan ke selatan.

“Bas Delima itu kemudian merempuh sebuah Perodua MyVi, bas JKM dan tiga buah kenderaan lain,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Difahamkan 12 mangsa yang terkorban membabitkan sepuluh penumpang bas Delima, seorang penumpang van dan seorang penunggang motosikal lelaki.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Daripada ateis kepada seorang mufasir

Nouman berkongsi kisah pencarian maujud hidupnya sebagai seorang Muslim kepada jemaah selepas 19 tahun leka menikmati ‘syurga’ dunia.

Pemotoran!»

Adrenalin positif KTM 250 Duke, RC 250

DIKENALI sebagai KTM 250 Duke, kehadirannya memberi pilihan lebih kepada pengguna tempatan.

Varia!»

Bangkit daripada pengaruh negatif Chow Kit

Sebahagian kanak-kanak miskin bandar bergambar kenangan bersama sukarelawan Pfizer Malaysia ketika berkunjung ke Pusat Aktiviti Kanak-Kanak di Chow Kit, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31